Soalan 1:
Apakah SSPN-i Plus?
Jawapan:
SSPN-i Plus merupakan
satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan
pendidikan tinggi. SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan bayaran sumbangan takaful yang murah dan perlindungan yang komprehensif.
SSPN-i Plus menggunapakai
konsep simpanan dengan komitmen bulanan dan jumlah simpanan dan bayaran
sumbangan takaful adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.
Adakah pelan simpanan yang ditawarkan ini patuh syariah?
Jawapan:
Ya. Pelan simpanan ini adalah patuh syariah yang menggunakan konsep Wakalah Bil Istithmar bagi simpanan SSPN-i Plus iaitu kontrak wakil dan kontrak pelaburan. Manakala bagi skim takaful pula menggunakan konsep Iltizam Bil Al Tabarru. Produk ini telah mendapat pengesahan syariah oleh Islamic Banking and Financial Institution of Malaysia (IBFIM).
Soalan 3:
Apakah pakej yang ditawarkan melalui SSPN-i Plus?
Jawapan:
SSPN-i
Plus menawarkan enam (6) pakej pilihan dengan komitmen terendah
sebanyak RM30 sebulan. Pakej yang ditawarkan adalah seperti Jadual 1:
Jadual 1: Pakej Yang Ditawarkan Dalam SSPN-i Plus
PAKEJ
|
Intan
|
Delima
|
Topas
|
Zamrud
|
Nilam
|
Berlian
|
Simpanan SSPN-i |
RM20
|
RM40
|
RM90
|
RM180
|
RM270
|
RM200
|
Sumbangan Takaful |
RM10
|
RM10
|
RM10
|
RM20
|
RM30
|
RM300
|
Jumlah Komitmen Bulanan |
RM30
|
RM50
|
RM100
|
RM200
|
RM300
|
RM500
|
Apakah keistimewaan SSPN-i Plus?
Jawapan:
SSPN-i Plus mempunyai pelbagai keistimewaan iaitu:
i) Patuh syariah
ii) Pelepasan taksiran cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM12,000.00 setahun.
iii) Komitmen serendah RM 30.00 sebulan.
iv) Manfaat bagi kematian/ keilatan kekal( kemalangan) sehingga RM1,000,000.00.
v) Tiada pemeriksaan kesihatan.
vi) Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.
vii) Khairat kematian termasuk pasangan dan maksimum 3 orang anak.
viii) Manfaat takaful bagi 36 penyakit kritikal.
ix) Elaun kemasukan hospital sehingga RM200 sehari.
x) Layak memohon pinjaman PTPTN.
xi) Perlindungan 24 jam di seluruh dunia.
xii) Simpanan dijamin kerajaan.
Apakah manfaat takaful yang ditawarkan bagi setiap pakej?
Jawapan:
Manfaat takaful mengikut pakej adalah seperti Jadual 2:
Jadual 2: Pakej Simpanan Dan Manfaat Takaful SSPN-i Plus
PAKEJ
|
INTAN
|
DELIMA
|
TOPAS
|
ZAMRUD
|
NILAM
|
BERLIAN*
|
Simpanan SSPN-i |
RM20
|
RM40
|
RM90
|
RM180
|
RM270
|
RM200
|
Sumbangan Takaful |
RM10
|
RM10
|
RM10
|
RM20
|
RM30
|
RM300
|
Jumlah |
RM30
|
RM50
|
RM100
|
RM200
|
RM300
|
RM500
|
MANFAAT TAKAFUL
| ||||||
Kematian/Keilatan Kekal & Menyeluruh (Kemalangan) |
RM40,000
|
RM40,000
|
RM40,000
|
RM80,000
|
RM120,000
|
RM1,000,000
|
Kematian/Keilatan Kekal & Menyeluruh (Biasa) |
RM20,000
|
RM20,000
|
RM20,000
|
RM40,000
|
RM60,000
|
RM500,000
|
Keilatan Kekal & Sebahagian (Biasa dan Kemalangan) |
Tiada
|
Tiada
|
Tiada
|
Tiada
|
Tiada
|
RM100,000
|
36 Penyakit Kritikal (Bayaran manfaat dipercepatkan) |
RM10,000
|
RM10,000
|
RM10,000
|
RM20,000
|
RM30,000
|
RM100,000
|
Elaun Kemasukan Hospital/hari** |
RM20
|
RM20
|
RM20
|
RM40
|
RM60
|
RM200
|
Khairat Kematian Pendeposit, Pasangan (yang pertama & sah sahaja) dan anak |
RM2,500 (Pendeposit dan pasangan)
RM2,500
RM1,000 (setiap anak – maksimum 3 orang anak sahaja)
|
RM18,000
(pendeposit)
RM9,000
(pasangan)
RM2,000
(setiap anak – maksimum 3 orang anak) |
* Pakej Berlian adalah terhad kepada 2 akaun sahaja bagi seorang pendeposit atau perlindungan takaful maksimum sebanyak RM2,000,000.
Apakah syarat anak dan isteri yang dibenarkan untuk membuat tuntutan khairat kematian?
Jawapan:
Isteri:
- Sah dan diiktiraf
- 18 tahun sehingga 65 tahun
- Jika mempunyai lebih dari satu isteri yang mana mati dulu
- 3 orang anak
- Anak sendiri
- Anak angkat mesti berdaftar di JPN
Apakah perbezaan SSPN-i Plus dengan SSPN-i sedia ada?
Jawapan:
Perbezaan antara SSPN-i Plus dengan SSPN-i adalah seperti Jadual 3:
Jadual 3: Perbezaan Antara SSPN-i Plus dengan SSPN-i
Perkara
|
SSPN-i Plus (SSPN-i + Takaful)
|
SSPN-i
|
Komitmen Minimum | Serendah RM30/ sebulan. | Tiada |
Sumbangan Takaful | Serendah RM10 sebulan atau mengikut pakej yang dipilih. | Percuma (layak hanya kepada pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas) |
Manfaat Takaful | a) Manfaat kematian/ ilat kekal (kemalangan) sehingga RM1,000,000. | a) Manfaat kematian/ ilat kekal (kemalangan) (Ringgit ke Ringgit). |
b) Manfaat kematian/ ilat kekal (biasa) sehingga RM500,000. | b) Manfaat kematian/ ilat kekal (biasa) (Ringgit ke Ringgit). | |
c) Manfaat ilat kekal separa sehingga RM100,000. | c) Tiada | |
d) Manfaat 36 penyakit kritikal sehingga RM100,000. | d) Tiada | |
e) Elaun kemasukan hospital sehingga RM200 sehari. | e) Tiada | |
f) Khairat kematian mengikut pakej: | f) Khairat kematian bagi: | |
Pelepasan Taksiran Cukai Pendapatan | a) Sehingga RM6,000 setahun berdasarkan simpanan bersih SSPN-i dan SSPN-i Plus tahun semasa. | a) Sehingga RM6,000 setahun berdasarkan simpanan bersih SSPN-i dan SSPN-i Plus tahun semasa. |
b) Menikmati tambahan pelepasan taksiran cukai iaitu sehingga RM6,000 setahun berdasarkan bayaran sumbangan takaful tahun semasa. | b) Tiada | |
Geran Sepadan (Insentif kemasukan ke IPT) | Tiada. | Sehingga RM10,000 bagi satu keluarga yang layak. |
Syarat Pembukaan Akaun | Mana-mana warganegara Malaysia boleh membuka akaun untuk: | Mana-mana warganegara Malaysia boleh membuka akaun untuk: |
Soalan 8:
Siapakah yang layak membuka akaun SSPN-i Plus?
Jawapan:
Semua
warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun sehingga mencapai umur 64
tahun layak membuka akaun untuk diri sendiri dan boleh membuka akaun
untuk anak atau anak jagaan yang sah (mestilah juga warganegara
Malaysia) yang berumur 1 hari sehingga sebelum mencapai umur 29 tahun.
Adakah pelanggan perlu membuat pemeriksaan kesihatan ataupun mendapatkan laporan perubatan untuk membuka akaun SSPN-i Plus?
Jawapan:
Tiada
sebarang pemeriksaan kesihatan atau laporan perubatan diperlukan untuk
membuka akaun ini. Walau bagaimanapun bagi Pakej Berlian, bakal
pendeposit perlu menjawab tiga soalan kesihatan yang terdapat pada
borang pembukaan akaun. Jika terdapat jawapan YA bagi salah satu soalan,
bakal pendeposit TIDAK LAYAK menyertai Pakej Berlian dan dinasihatkan
untuk menyertai pakej yang lain.
Adakah seseorang itu boleh membuka akaun SSPN-i Plus jika menghidapi sebarang penyakit kritikal?
Jawapan:
Boleh tetapi bagi Pakej Intan, Delima, Topas, Zamrud dan Nilam sahaja (tertakluk kepada terma dan syarat).
Adakah jumlah tuntutan manfaat kematian akan berkurangan sekiranya pendeposit telah membuat tuntutan bagi rawatan penyakit kritikal?
Jawapan:
Ya,
jumlah tuntutan bagi manfaat kematian biasa akan ditolak daripada
tuntutan bagi penyakit kritikal. Namun begitu tuntutan bagi manfaat
kematian disebabkan kemalangan tidak akan berkurangan walaupun
pendeposit telah membuat tuntutan bagi manfaat penyakit kritikal.
Adakah PTPTN akan memberikan apa-apa penentusahan keahlian setelah pembukaan akaun?
Jawapan:
Tidak.
Pendeposit tidak akan menerima apa-apa penentusahan keahlian daripada
PTPTN tetapi pihak pengendali takaful akan menghantar Sijil Takaful
(Certificate Schedule) secara pos atau emel kepada pendeposit dalam
tempoh 30 hari (sebulan) dari tarikh pembukaaan akaun
Saya telah mempunyai akaun SSPN-i , adakah saya boleh membuka akaun SSPN-i Plus ?
Jawapan :
Boleh. Pendeposit yang telah mempunyai akaun SSPN-i boleh membuka akaun SSPN-i Plus tanpa perlu menutup akaun SSPN-i.
Bolehkah seorang pendeposit membuka lebih dari satu akaun dengan pakej yang sama atau berlainan untuk dirinya sendiri?
Jawapan:
Tidak
boleh. Pendeposit yang membuka akaun untuk diri sendiri hanya boleh
mempunyai satu akaun sahaja dengan mana-mana pakej. Walau bagaimanapun,
seseorang pendeposit boleh membuka banyak akaun untuk penerima manfaat
yang berlainan (anak/ anak jagaan yang sah sahaja) bagi pakej yang sama
atau berlainan, kecuali untuk pakej Berlian (hanya terhad kepada dua (2)
akaun untuk seorang pendeposit atau perlindungan kematian/ ilat kekal
(kemalangan) maksimum sebanyak RM2,000,000).
Adakah penerima manfaat boleh mempunyai lebih dari satu akaun sama ada pakej yang sama atau pakej yang berlainan?
Jawapan:
Ya.
Penerima manfaat boleh mempunyai lebih dari satu akaun tetapi pembukaan
akaun mestilah dibuat oleh pendeposit yang berbeza sama ada akaun
dibuka untuk diri sendiri, dibuka oleh ibu atau dibuka oleh bapa atau
dibuka oleh penjaga yang sah. Ini bermakna setiap penerima manfaat hanya
boleh mempunyai maksimum dua (2) akaun sahaja.
Soalan 16:
Apakah saluran simpanan yang disediakan untuk bayaran komitmen bulanan?
Jawapan:
Kemudahan saluran simpanan yang disediakan adalah seperti Jadual 4:
Jadual 4: Saluran Simpanan SSPN-i Plus
Saluran Simpanan
|
Caj
|
Kaunter PTPTN
|
Tiada
|
Potongan gaji
|
Tiada
|
Auto Debit
|
RM0.53
|
Perbankan Internet
|
Tiada
|
SSPN-i Plus online
|
Tiada
|
Adakah simpanan yang dibuat boleh dikeluarkan pada bila-bila masa?
Jawapan:
Simpanan
hanya boleh dikeluarkan selepas tiga (3) tahun dari tarikh pembukaan
akaun dan jumlah minimum yang perlu ada di dalam akaun adalah sebanyak
RM1,000. Selepas tempoh tiga (3) tahun tersebut, pendeposit boleh
membuat pengeluaran pada bila-bila masa dan masih tertakluk dengan
syarat baki minimum yang ditetapkan.
Apakah yang akan terjadi sekiranya pendeposit gagal membuat bayaran komitmen bulanan sehingga tarikh bayaran yang ditetapkan?
Jawapan:
Sekiranya tiada sebarang bayaran diterima selepas tempoh ihsan, maka akaun akan ditutup serta-merta.
Sekiranya penerima manfaat telah mencapai umur 29 tahun, adakah pendeposit boleh meneruskan simpanan?
Jawapan:
Tidak
boleh. Apabila penerima manfaat telah mencapai had umur yang
ditetapkan, akaun akan ditutup secara automatik. Penerima manfaat
hendaklah membuka akaun untuk diri sendiri sekiranya ingin meneruskan
penabungan.
Bagaimana caranya jika pendeposit bercadang untuk bertukar pakej?
Jawapan:
Sekiranya
pendeposit bercadang menukar pakej yang lain, beliau hendaklah menutup
akaun sedia ada terlebih dahulu dan membuka akaun yang baharu.
Sekiranya pendeposit telah menutup akaun, adakah perlu menunggu tempoh tertentu untuk pembukaan akaun baharu?
Jawapan:
Tidak.
Pendeposit boleh membuka akaun baharu tanpa perlu menunggu tempoh
tertentu. Walau bagaimanapun, penyertaan semula dianggap baharu dan
pendeposit akan menerima Sijil Takaful baharu dengan tempoh perlindungan
yang baharu.
Jika penerima manfaat meninggal dunia, adakah akaun akan ditutup secara automatik?
Jawapan:
Akaun
akan ditutup setelah mendapat makluman kematian daripada pendeposit.
Pendeposit hendaklah mengemukakan dokumen lengkap untuk tuntutan khairat
kematian.
Soalan 23:
SSPN-i
Plus dan SSPN-i masing-masing menawarkan pelepasan taksiran cukai
pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM6,000 bagi
akaun yang dibuka untuk anak/ anak jagaan yang sah. Jika pendeposit
mempunyai kedua-dua akaun, adakah pelepasan taksiran cukai pendapatan
yang boleh dinikmati adalah sebanyak RM12,000?
Jawapan:
Tidak.
Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih bagi SSPN-i
Plus dan SSPN-i hanya diberikan sehingga RM6,000. Walau bagaimanapun
bagi akaun SSPN-i Plus , pendeposit boleh menikmati tambahan pelepasan
taksiran cukai pendapatan ke atas sumbangan takaful yang dibayar kepada
pengendali takaful sebanyak RM6,000, di bawah kategori pelepasan bagi
insurans nyawa dan KWSP.
Jika
penerima manfaat meninggal dunia, adakah pendeposit layak mendapat
pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih yang dibuat?
Jawapan: Tidak layak. Jika berlaku kematian penerima manfaat, akaun akan ditutup dan semua keistimewaan akan terbatal.
Soalan 25:
Apakah 36 penyakit kritikal yang dilindungi takaful?
Jawapan:
36 penyakit kritikal adalah seperti yang disenaraikan di bawah:
1.
| Stroke |
19.
| Major Organ/Bone Marrow Transplant |
2.
| Heart Attack |
20.
| Loss of Speech |
3.
| End Stage Kidney Failure |
21.
| Brain Surgery |
4.
| Cancer |
22.
| Heart Valve Surgery |
5.
| Coronary Artery By-Pass Surgery |
23.
| Terminal Illness |
6.
| Other Serious Coronary Artery Disease |
24.
| Bacterial Meningitis |
7.
| Angioplasty And Other Invasive Treatment For Major Corornary Artery Disease |
25.
| Major Head Trauma |
8.
| End Stage Liver Failure |
26.
| Chronic Aplastic Anaemia |
9.
| Fulminant Viral Hepatitis |
27.
| Motor Neurone Disease |
10.
| Coma |
28.
| Parkinson Disease |
11.
| Benign Brain Tumor |
29.
| Alzheimer's Disease/ Irreversible Organic Degenerative Brain Disorders |
12.
| Paralysis/ Paraplegia |
30.
| Muscular Dystrophy |
13.
| Blindess/Total Loss of Sight |
31.
| Surgery to Aorta |
14.
| Deafness/Total Loss of Hearing |
32.
| Multiple Sclerosis |
15.
| Major Burns |
33.
| Primary Pulmonary Arterial Hypertension |
16.
| HIV Due to Blood Tranfusion |
34.
| Medullary Cystic Disease |
17.
| End Stage Lung Disease |
35.
| Severe Cardiomyopathy Systemic Lupus |
18.
| Encephalitis |
36.
| Eryhematosus with Lupus Nephritis |
Adakah manfaat takaful yang ditawarkan boleh dituntut serta merta?
Jawapan:
Manfaat
takaful boleh dituntut serta-merta bagi kes kemalangan. Bagi kes selain
daripada kemalangan, manfaat takaful akan dibayar selepas tamat tempoh
menunggu seperti di Jadual 5:
Jadual 5: Tempoh Menunggu Bagi Tuntutan Manfaat Takaful
MANFAAT
|
TEMPOH MENUNGGU
|
Kematian Akibat Kemalangan (semua pakej) |
|
Kematian Biasa (selain Pakej Berlian) |
|
Kematian Biasa (Pakej Berlian) |
|
Ilat Kekal Menyeluruh (selain Pakej Berlian) |
|
Ilat Kekal dan Separa (Pakej Berlian sahaja) |
|
Penyakit Kritikal |
|
Manfaat Pendapatan Hospital |
ii) 120 hari (penyakit khusus) |
Soalan 27:
Apakah penyakit khusus?
Jawapan:
Berikut adalah senarai penyakit khusus:
- Hipertensi, diabetes melitus dan penyakit kardiovaskular,
- Semua tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu sistem kencing dan sistem biliary
- Semua penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak
- Hernia, hemoroid, fistula, hidrosele, varikosele
- Endometriosis termasuk penyakit sistem reproduktif
- Gangguan spina vertebra (termasuk cakera) dan penyakit lutut
Soalan 28:
Adakah penyakit mental dilindungi takaful?
Jawapan:
Tidak dilindungi.
Adakah kematian disebabkan bunuh diri dilindungi takaful?
Jawapan:
Tidak. Jawatankuasa Syariah Pengendali Takaful telah memutuskan agar tiada manfaat dibayar atas sebab bunuh diri.
Adakah kematian disebabkan pengambilan dadah atau alkohol atau bahan-bahan terlarang yang berlebihan dilindungi takaful?
Jawapan:
Tidak.
Adakah perlindungan diberikan kepada anggota beruniform?
Jawapan:
Ya,
selagi anggota beruniform tidak terlibat secara langsung dalam tugasan
peperangan/ rusuhan, rusuhan awam sama ada diisytihar atau tidak.
Soalan 32:
Berapa lamakah tempoh yang akan diambil untuk mendapat manfaat takaful yang dituntut?
Jawapan:
Pembayaran akan dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap dan diserahkan kepada pengendali takaful.
Siapakah yang boleh membuat tuntutan bagi kematian pendeposit?
Jawapan:
Waris boleh membuat tuntutan, walau bagaimanapun manfaat takaful hanya akan dibayar kepada waris yang sah sahaja.
Bagaimanakah kaedah pemulangan simpanan dan bayaran manfaat takaful dilakukan bagi kes kematian pendeposit?
Jawapan:
Bagi
kes kematian pendeposit, kaedah pemulangan simpanan dan pembayaran
manfaat takaful oleh pengendali takaful adalah seperti berikut:
a)
Bagi jumlah simpanan atau manfaat yang kurang daripada RM3,000 - waris
hendaklah mengisi dan menandatangani Bon Tanggung Rugi serta dokumen
yang berkaitan yang mengikat dari segi undang-undang; atau
b)
Bagi jumlah simpanan atau manfaat takaful RM3,000 dan ke atas -
Pengeluaran wang deposit dari akaun simati bagi baki semasa simpanan
berjumlah RM3,000 dan ke atas (termasuk manfaat takaful dan dividen)
dengan mengemukakan dokumen asal atau salinan:-
- Geran Surat Kuasa Mentadbir/ Geran Probet (Petisyen di bawah Akta Probet dan Pentadbiran 1959) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya; atau
- Surat Kuasa Mentadbir yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Dan Daerah; atau
- Surat Kuasa Pentadbiran yang dikeluarkan oleh Amanah Raya Berhad, Seksyen 17 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 (Akuan/ Arahan).
Jika
berlaku kematian pendeposit dan beliau mempunyai akaun SSPN-i Plus
untuk 5 orang anak, adakah waris akan menerima manfaat kematian bagi
kelima-lima akaun atau bayaran manfaat hanya diterima sekali sahaja
kerana pendeposit yang sama?
Jawapan:
Manfaat
kematian akan dibayar bagi kelima-lima akaun. Contohnya, bagi kematian
biasa, sekiranya kelima-lima akaun tersebut adalah akaun Delima, jumlah
keseluruhan manfaat kematian yang dibayar adalah sebanyak RM100,000.
Manfaat tersebut akan dimasukkan semula ke dalam akaun masing-masing dan
bayaran kepada waris akan dibuat mengikut proses penutupan seperti di Soalan 31.
Adakah elaun kemasukan hospital tertakluk dalam negara sahaja?
Jawapan:
Tidak.
Elaun kemasukan hospital tidak terhad dalam Malaysia sahaja. Elaun juga
layak dituntut bagi kemasukan hospital di luar negara selagi kunjungan
tersebut bukan atas tujuan perubatan. Walau bagaimanapun, kemasukan
hospital di Singapura dibayar bagi tujuan perubatan.
Kemaskini:04/11/2016
No comments:
Post a Comment