Thursday 9 February 2017

Sasaran 100,000 Akaun Baharu SSPN-i Plus Tahun 2017


PTPTN sasar 100,000 akaun baharu 

SSPN-i Plus tahun ini


KUALA TERENGGANU: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyasarkan sekurang-kurangnya 100,000 akaun baharu akan dibuka di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i Plus) dengan jumlah deposit berjumlah RM550 juta pada tahun ini.

Pengerusi PTPTN Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata pihaknya akan menggerakkan kempen dengan lebih tersusun dan strategik supaya sasaran itu dapat dicapai.

"Ini hasrat PTPTN untuk menjadikan skim ini sebagai pilihan utama rakyat Malaysia dalam usaha untuk mengurangkan pinjaman sebaliknya lebih kepada menyimpan untuk masa depan pendidikan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan manfaat perlindungan takaful SSPN-i dan SSPN-i PLUS serta khairat kematian kepada waris pendeposit Allahyarham Nasir Ali, 55, di sini hari ini.

Manfaat takaful dan khairat kematian berjumlah RM519,345.51 itu diserahkan kepada anak Allahyarham, Mohammad Ilyas.

Shamsul Anuar berkata sejak dilancarkan pada 8 Jun 2015 sehingga 31 Dis 2016, sebanyak 52,615 akaun SSPN-i Plus dibuka dengan jumlah deposit terkumpul sebanyak RM15.8 juta dan jumlah manfaat perlindungan takaful berjumlah RM2.3 bilion.

"Dan daripada itu sehingga Januari tahun ini, sebanyak 65 tuntutan melibatkan pelbagai kes dengan amaun sebanyak RM709,840 telah berjaya diselesaikan," katanya. 

 Sumber://www.astroawani.com/berita-malaysia/ptptn-sasar-100-000-akaun-baharu-sspn-i-plus-tahun-ini-131602

 

Maklumat Manfaat & Pendaftaran SSPNI-Plus

 Pendaftaran Online





Belum habis lagi, klik pada link berkaitan dibawah:








No comments:

Post a Comment