Manfaat Perlindungan Takaful SSPN-i Plus
JERTIH
: Seorang guru tidak menyangka akan mendapat manfaat perlindungan takaful
SSPN-i Plus berjumlah RM170,037.20 bagi pihak isterinya yang meninggal dunia,
Ahad lalu. Ahmad Ruzaizi Mahmud, 46, berkata, isterinya, Masni Ngah @ Mohd
Jaiz, 44, guru agama di Kolej Vokasional Besut, baru mencarum dalam skim itu
sejak April tahun lalu sebelum meninggal dunia apabila kereta dipandu terbabas
ke dalam parit di Jalan Paya Rawa, Kampung Raja, Besut, sebelum ditemui lemas
22 Januari lalu. Ahmad Ruzaizi yang juga seorang guru di Sekolah Kebangsaan
Beting Lintang berkata, arwah isterinya ada memaklumkan kepadanya mahu membuat
caruman dalam simpanan itu untuk empat dari enam anaknya. "Saya memberi
galakan kerana caruman melalui pakej Intan sangat mampu milik iaitu hanya RM1
sahaja sehari atau komitmen RM30 sahaja setiap bulan. "Pada waktu itu,
saya memang tidak terfikir langsung mengenai manfaat perlindungan yang bakal
diperoleh tetapi lebih kepada menekankan soal simpanan pendidikan masa depan
anak-anak," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas
menerima kunjungan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, bersama
rombongan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi menyerahkan
sumbangan itu di rumahnya di Kampung Gong Kepas Dalam di sini, hari ini.
Sementara itu, Ketua Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusoff, berkata melalui
skim itu, arwah dilindungi manfaat perlindungan takaful (kematian akibat
kemalangan) sebanyak RM160,000 bagi empat akaun anaknya. "Selain itu, tambahan
khairat kematian sebanyak RM10,000 dan juga nilai tunai bagi simpanan takaful
dengan jumlah keseluruhan RM37.20. Jumlah manfaat bergantung kepada pakej yang
diambil paling minimum komitmen bulanan iaitu Intan (RM30), Delima (RM50),
Topas (RM100), Zamrud (RM200), Nilam (RM300) dan maksimum Berlian
(RM500)," katanya.
Saudara / Saudari yang berminat boleh mendaftar secara atas talian.
Sila klik pautan di bawah ini untuk pendaftaran.
Baca juga:
JERTIH : Seorang guru
tidak menyangka akan mendapat manfaat perlindungan takaful SSPN-i Plus
berjumlah RM170,037.20 bagi pihak isterinya yang meninggal dunia, Ahad
lalu.
Ahmad Ruzaizi Mahmud, 46, berkata, isterinya, Masni Ngah @ Mohd Jaiz,
44, guru agama di Kolej Vokasional Besut, baru mencarum dalam skim itu
sejak April tahun lalu sebelum meninggal dunia apabila kereta dipandu
terbabas ke dalam parit di Jalan Paya Rawa, Kampung Raja, Besut, sebelum
ditemui lemas 22 Januari lalu.
Ahmad Ruzaizi yang juga seorang guru di Sekolah Kebangsaan Beting
Lintang berkata, arwah isterinya ada memaklumkan kepadanya mahu membuat
caruman dalam simpanan itu untuk empat dari enam anaknya.
"Saya memberi galakan kerana caruman melalui pakej Intan sangat mampu
milik iaitu hanya RM1 sahaja sehari atau komitmen RM30 sahaja setiap
bulan.
"Pada waktu itu, saya memang tidak terfikir langsung mengenai manfaat
perlindungan yang bakal diperoleh tetapi lebih kepada menekankan soal
simpanan pendidikan masa depan anak-anak," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima kunjungan
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, bersama rombongan
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi menyerahkan
sumbangan itu di rumahnya di Kampung Gong Kepas Dalam di sini, hari ini.
Sementara itu, Ketua Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusoff, berkata
melalui skim itu, arwah dilindungi manfaat perlindungan takaful
(kematian akibat kemalangan) sebanyak RM160,000 bagi empat akaun
anaknya.
"Selain itu, tambahan khairat kematian sebanyak RM10,000 dan juga nilai
tunai bagi simpanan takaful dengan jumlah keseluruhan RM37.20. Jumlah
manfaat bergantung kepada pakej yang diambil paling minimum komitmen
bulanan iaitu Intan (RM30), Delima (RM50), Topas (RM100), Zamrud
(RM200), Nilam (RM300) dan maksimum Berlian (RM500)," katanya.
Selanjutnya di :
http://www.bharian.com.my/node/241413