SSPN-i Plus merupakan satu skim simpanan yang diperkenalkan PTPTN yang ditambahbaik dari SSPN-i. Berbeza dengan produk lama, SSPN-i Plus ini disertakan bersama dengan perlindungan takaful. Anda boleh menyimpan serendah RM30 sebulan untuk tabung pendidikan anak-anak anda. Saksikan paparan video di bawah untuk lebih informasi.
Berikut merupakan manfaat takaful yang anda dapat dengan SSPN-i Plus
- Manfaat Takaful bagi kematian / ilat kekal (kemalangan) sehingga RM1 juta
- Tiada pemeriksaan kesihatan
- Khairat Kematian termasuk pasangan dan 3 orang anak
- Manfaat takaful bagi 36 jenis penyakit kritikal
- Elaun kemasukan hospital
- Perlindungan kemalangan peribadi 24 jam di seluruh dunia
Anda boleh menyimpan secara Online, Klik Link Di Sebelah ==> DAFTAR ONLINE
Soalan & Jawapan
Soalan
SSPN-i Plus dan SSPN-i masing-masing menawarkan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM6,000 bagi akaun yang dibuka untuk anak/ anak jagaan yang sah. Jika pendeposit mempunyai kedua-dua akaun, adakah pelepasan taksiran cukai pendapatan yang boleh dinikmati adalah sebanyak RM12,000?
Jawapan
Tidak. Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih bagi SSPN-i Plus dan SSPN-i hanya diberikan sehingga RM6,000. Walau bagaimanapun bagi akaun SSPN-i Plus , pendeposit boleh menikmati tambahan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas sumbangan takaful yang dibayar kepada pengendali takaful sebanyak RM6,000, di bawah kategori pelepasan bagi insurans nyawa dan KWSP.
Baca juuga pautan lain:
Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment