Pengenalan
SSPN i
Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i)
adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas
oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan
pendidikan tinggi. Skim yang ditawarkan adalah patuh Syariah yang
menggunakan konsep "Wakalah Bil Istithmar" di mana pendeposit melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan.
Mulai
1 Januari 2012, para pelajar yang ingin memohon pinjaman pendidikan
bagi membiayai pengajian mereka di Politeknik, IPTA atau IPTS adalah DIWAJIBKAN mempunyai akaun SSPN-i dengan simpanan minima sepertimana yang ditetapkan oleh PTPTN.
Pembukaan akaun digalakkan dibuat melalui Maybank, Bank Islam, Agrobank, Bank Rakyat dan RHB Bank bagi mempercepatkan proses.
SSPN-i Plus
SSPN-i Plus
merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan
Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan
pendidikan tinggi. SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada
dengan perlindungan takaful yang murah dan komprehensif.
SSPN-i
Plus menggunapakai konsep simpanan secara komitmen bulanan dan jumlah
simpanan adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.
Keistimewaan:
- Patuh syariah.
- Pelepasan taksiran cukai pendapatan keatas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM12,000.00 setahun.
- Komitmen serendah RM 30.00 sebulan.
- Manfaat bagi Kematian/ Ilat kekal( kemalangan) sehingga RM 1 000 000.00.
- Tiada pemeriksaan kesihatan.
- Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.
- Khairat kematian termasuk pasangan dan 3 orang anak.
- Layak memohon pembiayaan pendidikan.
- Simpanan dijamin oleh Kerajaan.
Pelan Simpanan
PAKEJINTANDELIMATOPASZAMRUDNILAMBERLIAN*Simpanan
SSPN-iRM20RM40RM90RM180RM270RM200Sumbangan Takaful RM10RM10RM10RM20RM30RM300Jumlah RM30RM50RM100RM200RM300RM500MANFAAT TAKAFULKematian/Keilatan Kekal & Menyeluruh (Kemalangan) RM40,000RM40,000RM40,000RM80,000RM120,000RM1,000,000Kematian/Keilatan Kekal & Menyeluruh (Biasa) RM20,000RM20,000RM20,000RM40,000RM60,000RM500,000Keilatan Kekal & Sebahagian
(Biasa dan Kemalangan)TiadaTiadaTiadaTiadaTiadaRM100,00036 Penyakit Kritikal (Bayaran manfaat dipercepatkan) RM10,000RM10,000RM10,000RM20,000RM30,000RM100,000Elaun Kemasukan Hospital/hari** RM20RM20RM20RM40RM60RM200Khairat Kematian Pendeposit, Pasangan (yang pertama & sah sahaja) dan anak RM2,500 (Pendeposit dan pasangan)RM2,500RM1,000 (setiap anak – maksimum 3 orang anak sahaja)RM18,000
(pendeposit)RM9,000
(pasangan)RM2,000
(setiap anak – maksimum 3 orang anak)
Nota:
* Pakej Berlian adalah terhad kepada 2 akaun sahaja bagi seorang pendeposit atau perlindungan takaful maksimum sebanyak RM2,000,000.
** Elaun kemasukan hospital sehingga had maksimum selama 52 minggu.
Kelayakan:
Pendeposit
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 18 tahun keatas atau sebelum mencapai 64 tahun.
Penerima Manfaat
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 1 hari sehingga sebelum mencapai 29 tahun.
- Penerima manfaat terdiri daripada diri sendiri/anak/anak jagaan yang sah sahaja.
Lain-lain -
2. Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun bagi penerima manfaat yang sama.
Pembukaan Akaun:
Pembukaan akaun SSPN-i Plus boleh dibuat melalui saluran berikut:
Secara online DAFTAR SEKARANG
Tiada dokumen sokongan diperlukan.
*Bagi pembukaan akaun untuk anak angkat di bawah jagaan yang sah, Surat Akaun Berkanun/
Sijil Anak Angkat hendaklah dikemukakan.
Klik untuk daftar:
DAFTAR ONLINE
No comments:
Post a Comment